1. Memantau jaluran
- Periksa jaluran adakah sedang digunakan atau tidak
- Bilangan stesyen yang sedang berada di jalur
- Tajuk yang sedang di perbincangkan
- Penerimaan audio dan isyarat anda ketika itu.
- Tunggu sehingga stesyen pertama menyerahkan PTT kepada stesyen yang ke dua
- Sebutkan callsign anda berserta dengan situasi anda ketika itu diantara waktu rehat stesyen pertama dengan stesyen yang ke dua
Contoh:
9w2-ABC Base standby
- Jangan sesekali menekan PTT untuk bergabung semasa ada stesyen sedang QSO
- Tunggu sehingga stesyen kedua menyerahkan PTT kepada anda.
Sebutkan Callsign stesyen yang memberikan PTT kepada anda dahulu kemudian barulah anda sebutkan Callsign anda. Jika callsign rakan yang memberikan PTT kepada adalah 9w2-XYZContoh:
9w2-XYZ Base 9w2-ABC Base returning
Setelah anda menerima PTT, teruskan QSO anda dan pastikan PTT hendaklah di rehat kan dalam masa 3-5 saat setiap kali setelah anda bercakap dalam masa 15-20 saat. Jangan menekan PTT terlalu lama, kerana ia akan menyebabkan pancar ulang akan terhenti dan apa bila pancar ulang terhanti ia akan menggambil masa antara 30 saat untuk beroperasi semuala.4. Cara untuk menyerahkan PTT
Apabila telah habis QSO dan anda hendak memberikan PTT kepada rakan yang seterusnya atau rakan yang menyerahkan PTT kepada anda. Anda perlu menyebutkan callsign rakan tersebut dahulu kemudian barulah anda sebutkan callsign anda. Jika callsing rakan yang hendak anda serahkan PTT itu adalah 9w2-XYZContoh:
9w2-XYZ Base 9w2-ABC Base standsbyAnda perlu tahu dimana kedudukan anda didalam jaluran, siapa rakan sebelum anda dan siapa rakan selepas anda supaya tidak akan ada rakan yang tertinggal atau putaran akan jadi kucar-kacir.
No comments:
Post a Comment